Ramai orang membaca AlQuran bila ada masa, tapi yang sebetulnya sesiapa yang nak banyak masa, bacalah alQuran sebab alQuran itu ada berkatnya.
Dalam hadis Nabi SAW dinaqalkan oleh syeikh Solah al Khalidi yg bermaksud,
(berpagi-pagian lah dengan al Quran)
Sifirnya mudah. Allah akan cinta kepada orang yang membaca alQuran, lalu Allah akan mudahkan segala urusan mereka. Malah, yang merangkak rangkak dalam membaca alQuran pun, Allah akan memberi pahala dua kali ganda atas usahanya mempelajari alQuran.
Ahli Quran itu bukan sahaja orang yg menghafal, tapi juga mereka yang berakhlak mulia dan yang sering membacanya.
Jangan lepaskan peluang menjadi ahli Quran. Kelak syafaat alQuran dapat membantu kita tika menghadapi peritnya alam barzakh sedang kita tau amalan kita tak pernah cukup untuk menampung dosa yg tercatat.
Allahuakbar...
Mari kita sama-sama beramal dan tidak meninggalkan Al-quran ini walau sesibuk mana pun kehidupan kita seharian kerana hidup kita teramatlah singkat. Bila-bila masa Allah boleh menjemput kita pulang sedang kita lalai dalam urusan dunia.
Semoga bermanfaat
Pengedar Radio JOC Perisian Al-Quran
Jana Izan Enterprise
0137773122